Tuesday, March 19, 2013

BAGAIMANA MEMBUAT TUNTUTAN HARTA SIMPANAN ASB ?







S1)Bagaimanakah saya sebagai waris boleh menuntut baki unit pelaburan bagi pemegang unit yang telah meninggal dunia?
Anda perlu menyemak baki unit pelaburan simati terlebih dahulu. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Friday, March 15, 2013

KISAH PEWARISAN EN AHMAD


Adakah orang Islam tidak tahu bahawa mereka mencipta Harta dari Pendapatan mereka, kenapa mereka bekukan Harta selepas mereka tiada lagi didunia ini?
Adakah orang Islam di Malaysia tidak merancang kewangan mereka?
Adakah orang Islam tidak tahu menguruskan Harta Pusaka mereka?
Adakah orang Islam di Malaysia tidak tahu hak hak mereka?

“En Ahmad 40 tahun bekerja sebagai pengusaha Bengkel Kereta di Sungai Rambai Melaka. Mempunyai 2 orang anak Perempuan isterinya surirumahtangga sepenoh masa , ibunya tinggal bersama sama 4 orang adik beradiknya.”
Apa akan jadi kepada keluarga En Ahmad sekiranya Esok En Ahmad tiada lagi di dunia ini?

Wednesday, March 6, 2013

KENAPA PERLU BUAT WASIAT?

 





WASIAT merupakan satu pengakuan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak, yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia.

Kepentingan membuat wasiat ini kepada orang Islam dari segi perundangan diMalaysia  ialah seperti berikut:-

Harta Wasiat
Harta Beku>>Fail Tuntutan>>Bicara>>Probet>>Cairkan Harta
Jangkamasa Proses>>> 6 bulan hingga 1 tahun
Wasi yang dilantik layak memohon

Harta Tiada Wasiat
Harta Beku>>Fail Tuntutan>>Bicara>>Letter of Administration>>Cairkan Harta
Jangkamasa Proses>>>>Melebihi 2 tahun
Hanya Waris yang berkemampuan kewangan layak memohon