Thursday, September 4, 2014

KADAR INFLASI MENINGKAT TERTINGGI DALAM TEMPOH 9 BULAN KEPADA 3.4%


Kadar Inflasi di Malaysia meningkat lagi kali ini yang tertinggi dalam tempoh 9 bulan pertama 2014. Dengan peningkatan kadar inflasi ini matawang Ringgit akan terus lemah berbanding Dollar Amerika & Dollar Singapore, maka kenaikan harga minyak, tarif elektrik, harga barang dan kos sarahidup akan terus melonjak naik. Ini meletakkan situasi ekonomi rakyat Malaysia di paras yang kritikal.






Punca kenaikan Kadar Inflasi di Malaysia 2014 naik?
  1. Kenaikan harga barang & kos sara hidup rakyat malaysia ketika ini
  2. Barangan semakin mahal berikutan rasionalisasi subsidi
  3. Pendapatan rakyat Malaysia kurang untuk membeli barangan sehingga menyebabkan pengurangan penggunaan untuk ekonomi
Sebenarnya, pengiraan kadar inflasi di Malaysia hanya melibatkan kos bayaran perkhidmatan awam di mana kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat memilih” kadar rumah sewa.
Tetapi, bayangkan jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.4% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut. 

Apa anda jangka kesan daripada kenaikan kadar inflasi kepada anda sekeluarga?


Kos hidup anda meningkat kemungkinan anda akan kurang menabung. Anda terdedah kepada risiko risiko penyakit, hilang pekerjaan yang memerlukan kos yang sangat tinggi untuk anda menanggungnya. Bayangkan kos perubatan juga turut neningkat tidak kurang daripada 15% setahun.

Disinilah rasionalnya semakin tinggi risiko kehidupan semakin tinggi keperluannya kita menyimpan di dalam Pelan Pelan Takaful yang memberi pulangan 50x hingga 200x ganda daripada simpanan tahunan kita.