PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

















PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Kenapa kita cintakan harta?

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali Imran 3:14)
Harta..Cubaan untuk kita
“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (Al-Anfal 8:28)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al Munaafiquun 63: 9)

Harta itu milik siapa?
“Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. (Taha 20:6)
Allah ciptakan Dunia untuk manusia, Allah ciptakan manusia untuk Akhirat?

Peranan Manusia sebagai
1)sebagai Hamba Allah (Servant of Allah)
2) sebagai Khalifah (Vicegerent)

Perancangan Kewangan ialah satu proses untuk mencapai matlamat kehidupan (Dunia dan Akhirat) menerusi kaedah pengurusan kewangan yang berkesan berlandaskan prinsip syariah.

Memahami Perancangan Kewangan didalam Al-Quran
• Surah Yusuf Ayat 43 – 49
Raja berkata”Aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai bijibijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering”
Yusuf menjawab”Hendaklah kamu menanam bersungguh sungguh tujuh tahun berturut-turut…kemudian akan datang selepas itu tujuh tahun kemarau menghabiskan makanan kamu kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan.”

Tuntutan Menguruskan Harta Sediaada  
Nabi Muhammad SAW menegaskan: “Tidak akan lepas dua kaki anak adam di akhirat dihadapan Allah SWT kecuali setelah ditanya 5 perkara;
(1) tentang umurnya dimana ia habiskannya,
(2) tentang kepemudaanya dimana digunakan, dan
(3) tentang hartanya dari mana datangnya dan
(4) kemana dibelanjakannya; dan
(5) apakah yang dilakukan dengan ilmunya”
(At-Tarmidzi, no 2416; Albani;Sohih)

“Perancangan Kewangan…… bukan bergantung kepada berapa banyak PENDAPATAN yang kita dapat, ianya……. bergantung kepada tabiat PENGURUSAN kewangan yang berkesan.
Tindakan kita dalam membuat Perancangan Kewangan ialah:-
• Adakah Aliran tunai kita (+) atau (-)?
• Adakah Nilai bersih (Networth) kita  (+) atau (-) ?
• Kena Buat Bajet – Mengetahui Corak Perbelanjaan
                                    Mengetahui kemana duit pergi?
• Rancang Perbelanjaan – Kurangkan mana yang tak patut
• Kenalpasti antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’.

Kenapa perlu Merancang
Surah Al Hasyr Ayat 18 :
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Susunatur Perancangan Kewangan Islam

Pengurusan Kewangan
Perlindungan Harta Sediaada
Pengembangan/Pelaburan/Pengumpulan Harta
Pengagihan Harta

Kunci Kejayaan Perancangan Kewangan
Kaedah yang biasa kita fahami
Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan
Kaedah Perancangan Kewangan Sebenar
Pendapatan – Simpanan = Baki Yang Boleh Dibelanjakan

ISU PENGURUSAN HARTA
Isu Pertama:Larangan terlibat dengan Riba
Surah Al-Baqarah Ayat 278-279
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orangorang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. “
Surah Al-Baqarah Ayat 275
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila.Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orangorang yang  telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

Isu Kedua: Larangan berhutang
Salamah meriwayatkan : (Sahih Bukhari No 492)
Satu jenazah telah dibawa kepada Nabi agar baginda melakukan solat jenazah ke atasnya. Baginda bertanya : adakah dia berada di dalam hutang? Mereka menjawab : Tidak. Maka baginda melakukan solat ke atasnya (jenazah). Jenazah lain dibawa kepada baginda dan baginda bertanya : apakah dia didalam hutang? Mereka menjawab : Ya. Baginda berkata : Kamu lakukan solat ke atas kawan kamu. Abu Qatadah berkata Aku akan membayar hutangnya wahai Utusan Allah. Kemudian, baginda melakukan solat jenazah ke atasnya.
Isu Ketiga: Perlindungan Harta
Surah An-Nisaa’ Ayat 4:9
“Dan hendaklah kamu takut kepada Allah  seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”  

Apa yang perlu dilindungi?  
1)Mereka yang berada dibawah jagaan anda- Pendidikan anak
    Takaful Pendidikan 3 anak @RM50,000
 2)Hutang Dunia/Akhirat- Penggantian Pendapatan
    Nilai Simpanan Semasa         RM150,000 (Tolak)
    Nilai Pinjaman/Peruntukan  (RM400,000)
    Nilai Pendapatan Pencen      (RM300,000)
   (Simpanan-Pinjaman-Modal=150-400-300=(550))
    Takaful:PenggantianPendapatan    RM550,000
3)Persaraan-Pelaburan Saham Amanah RM100,000
4)Rumah/Kenderaan/ASB- Takaful Hibah Amanah
5)Mengerjakan Haji Wajib- Takaful Badal Haji
6)Sedeqah dari Pendapatan- Takaful Wakaf

Apakah yang bakal berlaku sekiranya matlamat Kehidupan anda ini tiada Perlindungan Kewangan?
1)Berjaya Menghantar anak belajar di tempat yang terbaik
2)Tempat tinggal yang selesa dan kenderaan mewah
3)Berjaya membahagiakan Isteri
4)Berjaya menunaikan Haji pada usia muda
5)Menjadi pembayar Zakat yang berjaya
6)Melancong ke seluruh dunia   
7)Mengidap Penyakit Kronik
8)Lumpuh di usia muda
9) Meninggaldunia

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Allah Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi maha pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” Al-Mulk(67:2)
“Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada kamilah kamu di kembalikan” Al-Anbia (21:35)

Apabila seseorang meninggal, turutan keperluan kewangannya adalah seperti berikut:-
1)Belanja menguruskan jenazah.  
2)Hutang si mati (Dunia dan Akhiratnya-Badal Haji)
3)Wasiat sedekah jariah(Bukan Warislayak) – tidak lebih 1/3  
4)Hak Harta sepencarian (Tidak melebihi1/2 harta)
5)Bakinya diBahagikan mengikut faraid


Muga penerangan tentang Perancangan Kewangan Islam ini mendapat gambaran yang lebih mudah dan jelas.

ISLAMIC FINANCIAL SOLUTION Riskworks & Richworks Advisory
Muhamad Arif 017-6750003

No comments:

Post a Comment